Jefri diam lalu menyandar lesu pada meja piano , Tanpa senyuman Nina , dia rasa seperti tidak berdaya. Semanis mana pun senyuman gadis di hadapannya itu , dia bukannya Nina. Hanya Nina seorang sahaja yang dapat mengembalikan kebahagiaan ke dalam hidupnya.
“Janji…!” Pinta Nur Ayu lagi. Manja.
“Janji ,” balas Jefri akhirnya.
“By the way , apa nama lagu itu ? So romantic.”
“Ballade pour Adeline ,” balas Jefri perlahan. Dia terkenangkan saat-saat manisnya bersama Nina. Segala-galanya sungguh indah tetapi itu sudah lama berlalu. Keadaan telah berubah. Nina sudah berubah. Bau dia sedar betapa dia merindui kehadiran Nina dalm hidupnya. Malangnya walaupun sudah seminggu berlalu , mereka jarang bertemu. Perubahan mereka pula amat singkat , tegang dan ganjil. Tidak lagi semesra dahulu. Nina seperti sengaja menjauhkan diri.
Suasana di rumah itu tidak lagi sebahagia dahulu. Sia bersalah. Bersalah terhadap Nina serta ibu bapanya. Perkataan esal telah pun beratus kali terlepas dari bibirnya. Dia telah berjanji akan memperbetulkan keadaan. Hubungannya dnga Nur Ayuseharusnya berakhir. Nina adlah miliknya. Sesungguhnya dia tidak boleh kehilangan Nina.
Nina mengatur langkah kea rah anak tangga menuju ke tingkat atas tanpa menghiraukan sesiapa pun , tidak Jefri dan tidak juga tetamu mereka itu. Nina terus berlalu begitu sahaja dengan wajah tegang. Marah ? Jefri menghela nafas resah.
Dia akui kesilapannya kerana membenarkan Nur Ayu mengunjunginya di rumah itu. Tetapi keinginan gadis itu bukannya mudah ditolak. Nur Ayu terlalu manja dan keras kepala. Anak kesayangan hartawan yang memiliki segala-galanya itu tidak pernah rela menghadapi kegagalan. Jefri sedar dirinya bagaikan sebuah piala yang hars dimiliki oleh gadis itu.