Peasaan nina tiba-tiba sahaja dibuai rasa riang tatkala telinganya menangkap bunyi petikan piano yang membawakan lagu kegemaraannya Ballade Pour Adeline. Dia tercengang dan terpacak di pintu pagar agak lama. Itu adalah lagu kenangannya dengan Jefri. Selain daripada memandu kereta lumba , bermain piano juga merupakan hobi Jefri.
Kini Jefri sedang mamainkan lagu yang sentiasa dimainkan untuknya suatu ketika dahulu. Jefri masih ingat? Hatinya melonjak gembira. Seakan-akan terpukau oleh suara alunan muzik yang pastinya dimainkan oleh Jefri demi mengingati kenangan indah mereka berdua. Nina melangkah perlahan melewati barisan pohon-pohon orkid di halaman. Dia sepatutnya mengiringi Jefri dengan petikan gitar. Ia satu kombinasi yang baik.
Tetapi mimpinya berkecai sebaik sahaja mendengar suara tawa riang perempuan diikuti dengan bunyi tepukan tangan dari ruang tamu. Suara piano pun mula menghilang. Hati Nina mulai dihambat resah. Dia meneruskan langkah dan sesaat kemudian matanya singgah pada Jefri dan teman wanitanya yang kelihatan begitu mesra. Senario ayng cukup menyakitkan mata dan hati.
“Bravo ! You sungguh hebat , Jefri ! Janji , yang itu bukannya kali terakhir. You akan mainkan lagi untuk I !” Rengek Nur Ayu.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home