“Who’s that ?” Soal Nur Ayu dengan perasaan curiga. Matanya mengekori langkah gemlai gadis jelita yang kini sedang memanjat anak-anak tangga. Hatinya tiba-tiba sahaja digigit rasa cemburu. Apatah lagi apabila mata Jefri tidak lepas-lepas dari merenung gadis itu.
“Nina ,” balas Jefri. Dia dapat merasakan bahang api kemarahan dan rasa cemburu yang meluap-luap daripada kedua-dua belah pihak. Htinya tiba-tiba sahaja gembira. Dia ada harapan seandainya rasa cemburu masih ada di hati Nina.
“Nina ? Kenapa you pandang dia begitu ?” Suara Nur Ayu mula meninggi , keanak-anakan. Air mukanya mula berubah kelat.
“Kau sukakan dia ? kau memang sukakan dia !” Tuduh Nur Ayu. Merajuk.
Jefri mengeluh. Nur Ayu sememangnya sering bersikap begitu. Walaupun tidak berhak , pergerakan Jefri tetap mahu dikawal. Cemburunya sentiasa melebihi. Dia obsess.
“ Kau kan tahu aku dah bertunang ,” balas Jefri.
Selama ini Nur Ayu memang berusaha keras untuk mendekati diri dengan Jefri , sehingga Jefri akhirnya tidak mampu menepis lagi. Walaupun mengetahui bahawa dia sudah pun bertunang , Nur Ayu tetap mengambil sikap tidak kisah. Selagi belum berkahwin katanya , Jefri tetap tidak berpunya dan peluang untuknya masih ada.
“Dia ? Your fiancée ?” Mata Nur Ayu terbuka luas. Terkejut. Melihat kejelitaan Nina , kedudukkannya terasa goyah. Dia tidak menyangka gadis Melayu tulen mampu menandingi kecantikan wajah pan Asiannya. Tetapi kecantikan Nina amat menyerlah.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home