“Oh !” Nur Ayu menjerit geram. Tiba-tiba sahaja tanpa sepatah kata dia terus meninggalkan Jefri dan rumah itu. Jefri tahu gadis itu pasti akan kembali memujuk rayu seperti biasa. Tetapi kali ini Jefri bertekad tidak lagi memberi peluang kepada Nura Ayu. Semua itu harus diakhiri segera.
Dia tidak harus berlembut dan membiarkan masa depannya hancur kerana Nur Ayu. Nina tetap segala-galanya. Dia perlu berhadapan dengan Nina untuk menjernihkan keadaan. Walau bagaimana sekalipun dia dan Nina tidak mungkin berpisah. Sumpah . Jefri sedar , dia perlu bertindak sekarang , pada saat ketiadaan orang tuanya. Nina rela dimarahi.
Dihadapan pintu kamar Nina , Jefri berdiri dengan hati yang berdebar. Setelah apa yang terjadi , dengan sekali Nina tidak akan memaafkannya dengan mudah. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi ahti Nina kembali. Perang dingin itu tidak boleh diteruskan buat selama-lamanya. Mereka berdua pasti merana.
Pintu diketuk berkali-kali tetapi tetap tidak berjawab. Jefri menolak daun pintu yang tidak bekunci itu. Dia melangakah masuk. Baru sahaja bibirnya bergerak untuk memanggil nama Nina , gadis itu tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya dengan tubuh yang hanya berbalut tuala merah singkat ke paras peha. Tangannya sibuk mengosok-gosokan sehelai tuala kecil ke rambutnya yang panjang mengurai. Nina sungguh ayu….
“jefri !”
Terkejut Nina apabila menyedari kehadiran Jefri di kamar itu. Jefri memerhatiakannya tekun sekali. Apa yang Jefri mahu ?
“I’m sorry. Jeff ketuk pintu tapi…. Nina , kita perlu berbincang.”
Jefri mula menggelabah. Dia berasa serba tidak kena apabila menghadapi Nina dalam keadaan begitu. Wajah Nina kini merah menyala mencerminkan hatinya yang sedang marah. Sesaat lagi dia pasti dihalau keluar.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home