“Nina… berikan jeff peluang ,” ucap Jefri sepenuh hati. Dia ikhlas.
“kau tak harus berterusan melarikan diri. Kitaperlu berbincang ,” sambung Jefri lagi.
Tersentak Nina. Debaran di dada semakin kencang. Pilu dihatinya juga mulai kembali mengigit. Jefri mahu berbincang dan memberikan kata putus ? Jefri mahu memberitahu bahawa tai pertunangan mereka harus diputuskan ? tidak…..
“Tidak….” Jeritan batin diluahkannya dengan perasaan penuh sebak. Semua itu tidak mungkin terjadi di dalam hidupnya. Kenapa Jefri memilih jalan itu ? Tidak mungkin ! tetapi Nina terpaksa akur jua. Seandainya perpisahan tetap tidak dapat dielakkan , dia sendiri akan membuat keputusan. Dia yang akan memutuskan pertunangan itu , bukan Jefri. Dia tidak akan ditinggalkan tetapi dia akan meniggalkan Jefri !
“ Perkara ini tak boleh berlanjutan Nina. Please try to understand me….” Sambung Jefri lagi dengan wajah kesal.
“Maaf , Nina nak cepat. Nina ada kerja ,” balas Nina pantas. Dia segera melarikan diri ke kamar mandi. Air matanya menitis lagi.
Sejak kepulangan Jefri , dia tidak henti-henti menagis. Hatinya merana kerana perbuatan Jefri. Kawan-kawan pula asyik bertanya dan mengusik tentang rancangan perkahwinan mereka. Semua itu membuatkan sakit hatinya semakin menjadi-jadi. Dia pasti mendapat malu besar sekiranya kisah Jefri meninggalkannya kerana perempuan lain diketahui ramai. Sesungguhnya dia tidak rela dirinya menjadi buah mulut orang. Tetapi Jefri , nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu memutuskan pertunangan mereka.